.

Jumaat, 13 Jun 2014

Google Dilaporkan Bakal Hadir Dengan Perkhidmatan Memfokuskan Kesihatan – Google Fit

// // Leave a Comment

Google LogoDengan lebih banyak jam tangan dan gelang tangan pintar yang hadir ke pasaran, salah satu data baru yang menjadi fokus ramai adalah data berkaitan kesihatan dan juga kecergasan. Kini, ia dikatakan Google turut akan hadir dengan sebuah perkhidmatan yang memfokuskan untuknya, dikenali “Google Fit”.


Bercakap mengenai data kesihatan, pihak Google pernah mencuba sebelum ini dengan perkhidmatan untuk merekodkan data perubatan, dinamakan Google Health. Namun, perkhidmatan tersebut telah pun ditamatkan oleh Google pada Januari 2012 yang lepas.


Seperti biasa, buat masa ini info lanjut berkaitan Google Fit ini masih tidak diketahui sepenuhnya. Mungkin kita akan dapat melihat ia merupakan sebahagian daripada Android Wear, dan memudahkan pengguna menguruskannya melalui web mahupun aplikasi mudah-alih.


Selain Google, terdapat beberapa pihak lain yang turut membuat perkara sama dalam memudahkan pengguna menguruskan data kesihatan dan kecergasan dengan mudah. Samsung pada penghujung Mei lepas telah mengumumkan SAMI yang memfokuskan kepada kesihatan, dan tidak ketinggalan Apple yang telah mengumumkan HealthKit baru-baru ini.


Google dijangka akan memperlihatkan dan berkongsi lebih info berkaitan Google Fit ini pada Google I/O penghujung bulan ini, dan mungkin ia di demonstrasikan bersama-sama Android Wear.






from Amanz http://ift.tt/Uy4jVl

via AwanPetir

0 comments:

Catat Ulasan