.

Jumaat, 13 Jun 2014

Galaxy Tab S Dijadualkan Untuk Pelancaran Di Malaysia Pada 24 Jun

// // Leave a Comment

Samsung hari ini secara rasminya telah memperkenalkan tablet terbaru mereka – Galaxy Tab S yang mana hadir dengan skrin pada resolusi 2K. Bagi anda yang menantikan pelancaran tablet berkenaan, pihak Samsung mengatakan ia dijadualkan untuk dilancarkan di Malaysia pada 24 Jun ini.


Galaxy Tab S


Galaxy Tab S hadir dalam dua variasi saiz, iaitu 8.4-inci dan juga 10.5-inci. Kedua-duanya menggunakan skrin pada resolusi 2K, dan hadir dengan fokus kepada kandungan digital percuma, termasuk lebih 15,000 komik percuma Marvel selama tiga bulan.


Apa pun, tarikh pelancaran media ini tidak bermakna pihak Samsung akan menjualnnya terus pada tarikh berkenaan. Berkemungkinan kita akan dapat melihat tablet ini dijual kepada pengguna umum sekitar bulan Julai kelak.


Sama-sama kita nantikan 24 Jun ini untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan tablet ini dan tawaran untuk pasaran tempatan, termasuk harga jualannya kelak.







from Amanz http://ift.tt/SFV8QP

via AwanPetir

0 comments:

Catat Ulasan