.

Ahad, 15 Jun 2014

Bajet 2015 tumpu usaha kurangkan defisit negara

// // Leave a Comment
IPOH: Penyediaan Bajet 2015 akan menumpukan usaha untuk mengurangkan defisit negara tanpa menjejaskan momentum pertumbuhan ekonomi.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, bajet itu penting kerana ia bajet terakhir dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10).
"Tahun depan kita perlu kekalkan pertumbuhan walaupun apa kedudukan ekonomi dunia.

"Kita juga kena pastikan defisit berkurangan dan jika nak kurangkan defisit maka kita tidak boleh berbelanja dengan cara sewenang-wenangnya tetapi mesti belanja dengan cara produktif dan yang memberi nilai tinggi supaya pertumbuhan tinggi," katanya pada sidang media selepas melancarkan Pusat Khidmat Bergerak Parlimen Tambun di Padang Awam Tanjung Rambutan, dekat sini.

0 comments:

Catat Ulasan