.

Rabu, 29 Mei 2013

Rasulullah Berpesan Pada 100 Ribu Umatnya Sebelum Wafat

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah, tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah :

“Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU. ( Baginda tidak menyatakan Sunnah itu hadith, tetapi dalam pelaksanaan sunnah itu pasti ada hadithnya, Sunnah itu pelaksanaan wahyu, manakala hadith adalah rakaman kata-kata)

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU."

SILA SHARE INI UNTUK ILMU DAN TAQWA SERTA KASIH SAYANG KEPADA BAGINDA.
Read More

Sinopsis bahagian Anak Jin Cerita P.Ramlee Pa' Belalang

Filem dimulakan dengan diperkenalkan watak Belalang, seorang budak yang sangat rajin dan melakukan kerja ladang serta mengambil upah untuk menyara hidup keluarganya. Beliau mempunyai seorang bapa yang dipanggil Pak Belalang, yang merupakan seorang yang sangat malas dan kerjanya hanya tidur siang malam. Apabila orang bertandang ke rumah, di dapurnya tiada apa walaupun kopi. Akhirnya, tetamu dijemput minum minuman campuran arang bontot kuali.

Pada suatu hari, Belalang terserempak dengan dua orang pencuri, Badan dan Nyawa, yang mencuri kambing dan lembu orang kampung. Belalang menakut-nakutkan pencuri tersebut dengan menyamar menjadi "anak jin yang mahu makan darah" untuk mendapatkan balik lembu dan kambing sebaik pencuri tersebut melarikan diri.

Di rumah penghulu, dua orang pengembala yang kehilangan lembu dan kambing dan orang kampung mencari penghulu untuk melaporkan hal tersebut. Dalam keriuhan, Belalang muncul dan mengatakan bapanya seorang nujum yang mampu mengetahui kedudukan lembu dan kambing tersebut. Dalam perasaan tak percaya, penghulu dan orang kampung yang lain turut ke rumah Pak Belalang.
Pak Belalang (yang masih tidur) dikejutkan dengan kehadiran orang ramai.

Pak Belalang tak tahu apa yang berlaku walaupun dia tahu itu semua rancangan anaknya. dia mengikut sahaja arahan anaknya, lalu mengambil semangkuk air dan dijampi (walaupun tidak tahu apa jampinya).

Air itu kemudian ditunjukkan kepada penghulu dan si pengembala dan jika mereka tidak nampak, diugutnya bahawa mereka pendek umur. Pak Belalang turut tidak nampak apa-apa di dalam air tersebut tetapi mujur Belalang yang mengetahui kedudukan lembu dan kambing itu dapat memberitahu mereka lalu meyakinkan orang kampung akan kebolehan Pak Belalang.


P.Ramlee menceritakan perbandingan antara orang rajin dan malas, dimana sikap masyarakat melayu yang suka bermalas-malas dan mengharapkan rezeki datang sehingga sanggup memakan apa sahaja untuk memenuhi sifat malas mereka itu.

P.Ramlee tak cerita benda yang dia tak ada ilmu langsung.. Dia cuma cerita perkara yang dia nampak.

Pak belalang : Dia cerita mengenai "Anak Jin", anak jin dia itu tak lain dan tak bukan, bukanlah jin, tetapi anak pak belalang yang menyamar jadi Jin. Sebab gambaran sebenarnya, Jin ni bukan mudah2 nak nampak, tapi hakikatnya kita ni selalu nampak Manusia berwatakkan seperti JIN.. dan gambaran dia JIN ada baik dan ada Jahat.. Anak Jin (belalang) menggunakan otaknya untuk menipu otak manusia berperangai JIN iaitu.. Badan dan Nyawa. hahahaha settle 1 observation. Doremi next!

P.Ramlee sekali lagi menceritakan bahawa jampi-jampi dan amalan nujum merupakan 1 penipuan. Sama seperti cerita DoReMi . Sekaligus menunjukkan juga masyarakat melayu yang mudah dimomok dengan cerita-cerita yang mereka tidak nampak dan tahu sekalipun semata-mata nak menjaga maruah diri sendiri.

Hakikatnya hidup perlu dirancang dan cara hidup perlu disusun.. Kalau kita fikirkan lebih dalam penyudahan kisah Pa' Belalang.. Akhirnya air itu mengeluarkan gambar. Ini selaras dengan Kun Fa Ya Kun.. Kalau Allah nak jadikan maka terjadi itu pun kerana Pa Belalang cuba menyelamatkan orang dan kerosakan dalam negeri itu. Tetapi jarang sekali berlaku kerana bukan itu kehendak Allah pada umat manusia.


P.Ramlee menegaskan disini, setiap orang ada rezekinya dan ada masa teruk dan ada masa baiknya. Pak belalang seorang yang tak dihormati langsung akhirnya menjadi orang yang dihormati, kuncinya adalah buatlah kerja berdasarkan bakat kurniaan Illahi. Bakat menipu itu, sekiranya diletakkan sesuai pada masa dan keadaannya, maka ia mampu memberi kebaikan kepada si pengguna bakat itu.

Menipu adalah sebuah bakat di mana , manusia mampu memanipulasi pemikiran orang lain dengan bermain kata-kata atau Psychology. Allah Maha Tahu. Assalamualaikum
Read More